Khamis, 4 Oktober 2012

Burberry masih yang terbaik untuk gaya yang sederhana,tapi mewah

Baru semalam saya meluangkan masa untuk menonton video pertunjukan fesyen jenama mewah dari British,Burberry. Saya dapat merasakan yang jenama ini sungguh peka dengan kehendak golongan muda yang ingin bergaya mewah,tapi nampak sederhana.Tidak perlu gaya yang terlalu rambu ramba atau terlalu meriah seperti mana yang sering ditampilkan jenama lain,Burberry kekal menarik dalam kelas nya sendiri.Walaupun acara pertunjukkan berlangsung sederhana,muzik yang agak sentimental dan model-model yang kurus kerempeng,namun ini memberi kelebihan untuk kita menilai gaya pakaian yang dipersembahkan,berbanding dengan memerhatikan model itu sendiri.Penggunaan model yang majoriti Made In British membezakan jenama fesyen ini dari yang lain.Tahniah kepada pereka yang mempunyai idea yang hebat,dan para model yang berjaya menjalankan amanah dengan baik sekali....

Rabu, 15 Ogos 2012

Sukarnya model dari Asia menembusi pasaran dunia


AMERICA NEXT TOP MODEL=From Google

Baru tadi berbincang dengan kawan-kawan tentang siapa Model yang paling mereka minati dan yang menjadi sumber inspirasi kepada mereka dalam bergaya,majoriti menyatakan idola adalah dari negara barat.
Apakah ini bermakna tidak ada orang dari Asia yang pandai bergaya??? Kalau diperhatikan,dewasa ini Korea Selatan cukup dikenali dengan membawa budaya Kpop mereka ke arena hiburan Asia.Tapi mengapa sampai sekarang tidak ada lagi orang Korea yang boleh kita gelarkan sebagai ikon fesyen atau lebih tepat ialah Model atau Supermodel??
Pelbagai alasan yang dinyatakan.Konon nya wajah orang Asia tiada sifat komersial,orang Asia tidak mempunyai bentuk badan menarik,ciri fizikal yang tipikal dan macam-macam lagi.Hakikatnya tidak semua yang datang dari barat itu menarik.Harus disedari ,minda dan akal kita saja yang masih dicengkam dan dikurung dengan pemikiran bahawa untuk cantik atau kacak kita harus kelihatan macam wajah orang barat.
Apa kata kita semua tolak ketepi pemikiran yang sedemikian.Hargailah bangsa sendiri yang sejati dan tulen.Cukup menyedihkan bila setiap kali iklan di TV atau media cetak mesti akan dibarisi model dari luar negara yang tak dikenali,atau sekurang-kurangnya yang berwajah Pan-Asian.Apakah wajah orang Melayu,Cina,India, Dayak dan Kadazan tidak menarik dimata kita???

Ahad, 12 Ogos 2012

Olimpik London 2012 tamat juga akhirinya....

Selama hampir dua minggu ni ,isu sukan Olimpik London 2012 banyak menjadi tumpuan dengan pelbagai perkara berlaku.Sama ada perkara itu baik atau buruk,tetap juga menjadi tumpuan.
Tahniah kepada kontijen Malaysia kerana membawa pulang 2 pingat kali ini.Satu pingat perak oleh Lee Chong Wei menerusi acara badminton dan juga atlit yang mencipta kejutan, Pandalela Rinong yang berjaya membawa balik 1 pingat gangsa.Saya bangga dan kagum sangat-sangat dengan Pandalela.
Sukan Olimpik kali ini tidak menyaksikan banyak rekod luar biasa yang mampu diciptakan.Kebanyakkan acara juga masih dikuasai oleh atlit dan negara yang sama dan sesetengah kemenangan juga seakan dapat dijangka.
Kali ini USA dapat merampas kembali kedudukan tempat pertama daripada juara bertahan,China yang menjadi juara di Olimpik Beijing 2012.Bagai mana pun saya ingin memberi pujian kepada atlit negara Korea Selatan dan Korea Utara kerana semangat juang mereka begitu tinggi sekali.Tahniah daripada saya.
Ayuh semua atlit negara Malaysia, jadikan kejayaan untuk edisi ini sebagai pemangkin bagi kejayaan di masa akan datang,Untuk 4 tahun akan datang,Olimpik akan diadakan di Brazil.Berharap sangat atlit negara kita akan membawa lebih banyak pingat,terutama pingat emas.

Tahniah semua!!!!
I love Malaysia

From Me

Adie Love Burberry

Khamis, 17 Mei 2012

Nirwana Band- sudah cukup sudah

Best la lagu terbaru daripada Nirwana Band ini. Bukan nak memuji, tapi lagu dari negara Indonesia kalau kita buat perbandingan yang adil, lagu mereka lebih berkualiti daripada lagu kita. Sedangkan negara kita lebih maju daripada negara mereka.Tetapi kita banyak ketinggalan daripa mereka dari segi budaya dan seni persembahan. Apa - apa pun lagu ini memang sedap di dengar.Kawan cina saya pun suka dengar.

Jumaat, 11 Mei 2012

Memaafkan orang yang menyakitkan hati kita

Kadang-kadang tanpa sebab orang akan benci kepada kita.Biarkan sahaja.Mungkin mereka tidak dapat menerima kelebihan yang kita miliki. Mungkin juga kereka sebenarnya cemburu dengan apa yang kita ada.
Anggap sahaja orang yang cemburu atau benci dengan kita itu adalah kerana kita mempunyai banyak kelebihan berbanding mereka.......

Khamis, 10 Mei 2012

Mulakan hari ini dengan bersyukur

Saya wujudkan blog ini adalah untuk berkongsi apa sahaja tentang hidup kita dengan anda semua....